Sentimen ?

Assalamualaikum, lama gila tak hapdet. Lantak.

Harini entry aku sentimen sikit. Kot lah. Kalau korang jenis feeling-feeling gituu mungkin nampak lah sentimental value dia. Kot. Kotlah. 

Ah, enkorang baca jelah.

Pernah tak kita rasa kita ada kat bawah, dan kita nampak ada orang kat atas kita. Maksud aku macam ranks lah. Tapi bila kita tengok kebolehan orang yang atas kita tu sebenarnya tak berapa bagus pun. Means kita rasa cem kita lagi bagus daripada dia. Tapi kita selalu ada kat bawah.

Pernah rasa tak? 

Ke tak paham?

Cuba hayati baru boleh faham.

Haa cemana? Faham tak?

Mesti pernah kan? Actually aku sekarang ada kat situasi tu, betul-betul flop.

Tapi bila aku cuba analisis dan teliti untuk husnudzon dengan keadaan ni, aku dapat sesuatu. Sebenarnya nak menunjukkan yang Allah tak nak kita bermegah. Allah tak nak hamba-Nya iaitu kita terus membangga diri disebabkan dunia. Dunia yang sekadar kehidupan seketika.

Dengar macam over. Tapi itulah hakikatnya. Kita tau dunia seketika, tapi sibuk nak capai kemenangan dunia semata-mata. Macam tak tahu dunia sedang menuju ke penghujungnya.

Aku bagi contoh, kita sibuk dengan periksa lah apalah, kalau gagal menangis meraung meratap macam dunia akan musnah. Dek, nilah namanya kita dah terpedaya dengan dunia. Sebab apa? Lepas kau dapat kegagalan tu, usaha kau akan semata-mata berlandaskan periksa. Ibadah kau pun kau tujukan disebabkan periksa dunia ni. Akhirnya ibadah kau sebenarnya tak ikhlas. Apa yang kau dapat bila tamat kehidupan kau? Takde apa. Equals to sia-sia.

Kalau kau berjaya? Kalau kau peform dalam periksa? Ofkoslah kau akan mengepak. Bangga megah dipandang dsb. Time tu, nama Tuhan pun payah kau nak sebut.

Contoh lainlah, tentang kehidupan pekerjaan. Kau direndahkan. Gaji rendah, pekerjaan rendah. So apa kau buat? Kau berusaha gila-gila untuk kerja, untuk angkat nama kau. Betul, kau beribadah tapi berlandaskan 'aku nak berjaya'. Akhirnya samalah, takde apa equals to sia-sia.

Apa yang aku dapat simpulkan, kita ni sebenarnya banyak mengharap kejayaan dunia. Tak caya? Cuba tengok matlamat dan azam korang. 

- aku nak straight A
- nak banggakan mak ayah
- nak jadi best student
- nak kalahkan budak paling pandai
- nak naik kelas
- nak selalu on stage
- nak manusia tahu tentang aku

Antaranyalah kan,

So soalannya berpandukan dunia atau akhirat? Banyaknya dunia atau akhirat? Pandai-pandailah fikir.

Apa yang aku nak cakap daripada awal sebenarnya, kalau nampak kejayaan orang, jangan kolot. Doakan yang terbaik untuk orang. Sentiasa husnudzon dengan Tuhan. Jangan terlalu impikan kejayaan dunia buat kita. Cukuplah Tuhan tahu betapa setianya kau kepada-Nya. Betapa dekatnya kau kepada Yang Esa.

Aku harap siapa yang baca, mohon mengerti. Ini betul-betul nasihat untuk diri sendiri. Doakan aku dapat buat apa yang aku sendiri dah cakap. Yelah kita gunakan konsep 'islah nafsak wad'u ghairak' kan. InysaAllah doakan yang terbaik. Assalamualaikum.

2 comments:

  1. terima kasih wei.. sangat berguno. keep it up! Entry cenggini kita nak! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, nak cari motivasi diri sendiri

      Delete