Tercapai, tapi...

Cuba trobek balik, post yang lepas, aku cakap aku nak jadi wakil sekolah untuk perlawanan cdm2121.

Sebelum tu, post kali ni berbentuk cerita. Agak panjanglah walaupun aku dah pendekkan. Kalau tak minat, tapayah baca. Sekadar luahan.  

Cdm2121 ni ialah perlawanan debat. Cabaran Debat Muda. Peserta mestilah bawah 21 tahun. Pertandingan diadakan di utp perak. Peringkat kebangsaan terbuka. Ok aku dah cerita semuanya pasal pertandingan tu. 

Dan alhamdulilllah impian aku untuk jadi wakil tercapai. Aku bersyukur.  Tapi target kitorang untuk tournamnent ni taklah tinggi. Sampai nak ke final takdelah. Sebenarnya kitorang datang untuk suka-suka je, Sebab utp tu memang lawa. Tu je niat kitorang. Takde niat sampai mana-mana pun. Tapi... Aku sedikit sebanyak kecewa dengan diri sendiri. Aku geram. Aku benci. Ergh!

Waktu latihan sebelum tournament, aku ok je. Alumni aku puji aku (even actually aku biasa-biasa je) Aku makin ok. Aku makin bagus. Prestasi makin meningkat, sebab tu dorang kasi peluang kat aku untuk naik tournament. Aku memang sangat bersyukur dan gembira. Sangat.

Tapi bukan gembira je. Mestilah berdebar. Even lawan dengan budak sekolah pun dah menggelupur, tibah tournament ni terbuka. Maksudnya boleh lawan dengan budak-budak universiti jugak. Lagilah menggelupur gila! Takut untuk berlawan tu mestilah ada. Tapi takpelah. Sebab sebelum ni, time latihan, aku boleh je lawan dengan alumni dengan konfiden. So aku rasa aku boleh dan konfiden jah untuk lawan dengan sesiapa. Alumni aku ni memang sangat hebat dalam debat. Sangat. Dorang dah jadi orang ternama dalam dunia perdebatan. Tak kisahlah tournament jenis apa pun, dorang memang dikenali. 

So, aku kena konfiden. Kalau alumni aku sendiri pun aku boleh untuk lawan (cing) maybe dorang yang lain pun aku boleh lawan. Aku cuba bawa konfiden aku bersama. 

Tibalah hari tournamnet, dalam setiap tournament debat, selalunya dia akan ada 5 pusingan liga lepastu octo (kalah mati). Lepastu suku, pastu semi dan akhir sekali final. Cemtulah. Waktu pusingan liga, aku memang risau. Kawan aku kata muka aku memang nampak sangat takut. Aduh. sekali bila aku kena perform, performance aku lahar. Alumni tak nak tengok aku pun. Tak pandang langsung aku. Walaupun dorang tak bagitau, tapi memang aku tahulah. Memang lahar dan hauk.

Aku rasa nak nagis. Teammate aku yang hebat tu kecewa jugak dengan aku. Aku. aku seribu kali lagi kecewa daripada dia.

Sepanjang liga, liga yang terakhir kitorang kena lawan dengan budak u. Uitm (f). Time tu menggelupur gila aku. Sebab pusingan liga yang lain kitorang just lawan budak sekolah je. Tapi takpelah aku kuatkan diri. Kitorang lawan jugak. Aku cuba anggap macam aku tengah lawan alumni sendiri. Alhamdulilllah kitorang dapat kalahkan uitm f tu. Bersyukur sangat walaupun teruk.

Tapi apa yang sedihnya, lepas habis sidang tu. Kitorang pergi tanya judge tu, mintak komen macam selalu. Pastu sekali judge tu kata cemni,

"Saya menyampah betul orang macam awak ni. Hilang-hilang word time debat. Ish budak sekolah semua macam tu!" Dia kata dengan muka yang serious.

 Akuuuuu. Aku speechless. Aku tak boleh move on betul. Aku rasa hilang semangat betul time tu. Memang tak nafi lah, time sidang muka dia memang berkerut je tengok aku. Emmm flop weh flop. Sebelum jumpa judge tu macam ada kemungkinan kitorang boleh menang tau. Sekali lepas dia kata macam tu je, terus aku menggelupur takut kalah. Kalau kalah maksudnya aku punca kekalahan lah kat situ. Em berdebar je time dengar pengumuman menang kalah tu. Tapi alhamdulillah kitorang menang.

Alhamdulillah kitorang dapat pergi octo. Octo ni ada 16 institusi teratas daripada 63 buah institusi sahaja yang akan terpilih. Alhamdulillah kitorang dapat. Waktu octo, kitorang kena lawan ukm. Usul waktu lawan ukm ni adalah usul yang kitorang tak bedah tau. Tak bincang. Tapi kitorang sempat bincang sekejap je sebelum sidang. Peh memang berdebar nak mampus lah.

Tapi alhamdulillah team aku buat dengan baik. Kitorang dapat naik suku akhir.

Waktu dia umumkan suku akhir kitorang kena lawan siapa memang kitorang takutlah. Kitorang kena lawan dengan Um c. Pehh berdebarr gilaaaa! Um c ni juara liga. Margin dorang tinggi. Markah dorang paling tinggi. Um c dapat tempat pertama waktu liga. Sekali kena lawan dorang. Kena lawan pulak dekat sidang satu. Sidang satu ni kat atas pentas. Ramai orang tengoklah. Allahu rabbi ya kareem. Judge pulak ada 5 orang. Pentas pulak betul-betul bawah aircond. Dahlah tengah takut, membeku aku kat situ, dengan rasa nak terkencingnya lagi. Ergh takut sangat.

Tibah bila aku teliti muka judge dia,

AHHHHHH!

Aku rasa nak tembak je diri sendiri. Judge yang kata menyampah dengan aku tu ada sekali. Ahhhh!!! Kenapa kenapa kenapaaaaaa! Performance aku sangat teruk time tu. Gilaa. Then kitorang kalah waktu suku ni.

Haih aku kecewa dengan diri sendiri. Aku rasa macam kekalahan kitorang adalah berpunca daripada aku. Aku serba salah. Aku kecewa. Aku insecure. Semua salah aku.

Itu je kot aku nak cerita. Pergi sana best tau tapi em.

Btw perlawanan finale, menemukan uitm f dengan um c. Kitorang mati-mati fikir umc akan menang. Sebab uitm f kalah lawan kitorang so maybe um c yang akan menang. Tambah pulak um c juara liga dan dorang menang lawan kitorang. Sekali kemenangan adalah sebaliknya. Tahniah uitm f, juara keseluruhan.

Ni waktu lawan uitm f


Ni waktu lawan ukm 

Lawan sbpi rawang (sepintar)

Lawan Sms kubang pasu



Perbincangan waktu roll coll

Alumni kesayangan

Dan inilah teammate debat aku.
(Maryam, aku, anis, izwan) -dari kiri


No comments:

Post a Comment